Mood raya sudah hampir? Pasti ramai yang sudah kemaskan dan cantikkan rumah. Walaupun tahun ini, tak mungkin akan terima tetamu ataupun rumah terbuka.
Apa salahnya, kita meriahkan suasana di rumah.
Perkongsian Leeya Marlia Ramli, mendapat perhatian dan sambutan yang positif dari netizen. Menurut perkongsian Leeya, dia dan suami menghiaskan rumah berkonsepkan moden kontemporari dengan sentuhan elemen tropikal dan besi.
“Nak dapat hasil ini berangan 8 tahun sudah.
“Alhamdulillah dan syukur atas rahmat Allah izinkan atas usaha kami berdua dapat makeover total rumah lama yang dah 30 tahun ni.”
Rumah yang sudah berusia 30 tahun itu diubah suai kelihatan moden dan eksklusif. Walaupun sudah simpan niat selama 8 tahun untuk melakukan projek ini, rumah berdekorasi moden yang diidamkan akhirnya tercapai.
“Banyak kami DIY dalam rumah ni. Jadi sangat la istimewa.
“Rumah ni 600 sqft je, 2 bilik sederhana besar dan 1 bilik air. Yang penting bahagia dalam rumah dan bahagia dengan kehidupan yang dijalani.”
Wah! Betul-betul cantik. Turut tumpang bahagia dengan sis ini, dapat meraikan Hari Lebaran di rumah yang cantik dan selesa.
Sumber: Leeya Marlia Ramli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.