Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Denda Lewat Daftar Kelahiran Anak Dari Rm50 Ke Rm1000 Berkuat Kuasa Serta Merta

Editor
11 Oct 2017, 12:05 PM
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Foto Asyraf HamzahTIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - Foto Asyraf Hamzah

Pasangan yang tidak mendaftar kelahiran dan surat beranak anak mereka dalam tempoh 60 hari perlu membayar denda RM1,000, berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, denda pendaftaran lewat kelahiran hanya RM50.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata langkah meningkatkan denda bukan bertujuan mengutip hasil, sebaliknya menggalakkan ibu bapa mempercepat pendaftaran kelahiran anak.

Katanya, pendaftaran kelahiran tidak boleh diambil mudah dan sambil lewa kerana akan menimbulkan pelbagai masalah berbangkit ketika anak membesar termasuk kesulitan mendaftar MyKid serta persekolahan.

"Kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah.

"Jika ibu bapa mendaftar lewat dari tempoh berkenaan, mereka akan didenda sehingga RM1,000 berkuat kuasa serta merta.

"Kerajaan menaikkan jumlah denda lewat daftar selepas pindaan Akta 299 Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat yang diluluskan Dewan Rakyat tahun lalu.

"Ogos lalu, kita hanya menguatkuasakan tempoh pendaftaran lewat kelahiran dilanjutkan dari 42 kepada 60 hari bagi memberi peluang ibu bapa atau ibu tunggal berpantang dan menguruskan bayi sebelum hadir di hadapan pendaftar kelahiran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Simpang Renggam di Taman Indah, dekat sini, hari ini.

Sumber BH Online. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us