Insiden gegaran dan dentuman kuat yang dirasai di beberapa kawasan di sekitar Ipoh baru-baru ini masih kekal misteri menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Menurutnya, pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar kejadian itu serta bunyi tersebut masih belum dapat dikenal pasti.
"Kenyataan rasmi sudah dikeluarkan. Perkara itu masih kekal misteri," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.
Pihak polis Perak telah mengesahkan gegaran dan bunyi dentuman kuat beberapa saat itu bukanlah berpunca daripada latihan letupan pasukan keselamatan atau aktiviti kuari.
Sumber : Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.