Perkongsian dari saudari Noorhayati Suratin tentang cara untuk menghasilkan deodoran sendiri yang lebih murah dan tahan lama untuk digunakan dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Jom tengok cara-caranya kat bawah ni.
CARA JIMAT HILANGKAN BAU BADAN
Modal rm10 untuk 6 bulan.
Cara ni Saya dan suami guna masa nak buat umrah tahun lepas dan sampai sekarang..
Alhamdulillah masa tawaf sa'i tak ada bau badan..
Sebotol boleh guna hingga 6 bulan ikut saiz botol masing2. (JIMAT BANYAK)
Bau badan ni yang bau orang lain tau bukan diri sendiri.. empunya badan tak akan mengaku badan dia bau.. rajin2 lah tanye orang paling rapat pasal bau badan kita ye.. kalau yang suami isteri pulak rajin2 la tanya/ tegur.. bang2 badan sayang bau tak?
Dato datin tuan puan makcik pakcik abang kakak yang biasa berurusan dengan orang ramai tolong prihatin dengan bau badan sendiri ye.. haaa yang nak sambut menantu tu kawan2 nak laga-laga pipi bila dekat.. makkk aiii bau dia..
Kalau ada kawan2 ofis yang ada masalah bau badan..kita nak tegur malu.. dapatkan alamat rumah poskan sebotol kat dia.
Caranya ada pada gambar..
Beli batu tawas kat mana-mana farmasi atau kedai orang india.. kedai arab pun ada.
Rendamkan batu tawas dengan air 300ml..
Terpulang nak pekat atau cair.. agak-agak bau ketiak tu kuat boleh kurangkan air..
Dah larut semua guna penapis untuk isi larutan dalam botol spray.
Boleh guna botol spray ikut citarasa masing-masing...
botol kecil tu boleh simpan dalam beg.
Cara guna..
Lepas mandi sebelum pakai baju tu sembur la kat ketiak dan bahagian yang kuat keluar peluh.. bagi kering sekejap..
Boleh la pakai baju macam biasa..
Sumber dari Facebook Noorhayati Suratin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.