Negara mendapat perkhabaran duka apabila wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Tan Sri Devaki Krishnan meninggal dunia pada usia 100 tahun malam tadi.
Mendiang juga merupakan tokoh wanita berpengaruh dalam politik Malaysia yang diberi gelaran ‘Grand Dame of Malaysian Indian Politics’.
Berita duka tersebut dikongsikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan Ramakrishnan di media sosial hari ini.
“Dengan penuh dukacita dimaklumkan nenda saya, Tan Sri Devaki Krishnan meninggal dunia malam tadi. Kehilangannya di usia 100 tahun sudah tentu amat dirasai seluruh ahli keluarga,“ katanya.
Wanita yang sangat kuat, sumber inspirasi buat para wanita di Malaysia!
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.