Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pengetua Tadika Didenda RM2,000 Selepas Pulas Telinga Murid Hingga Cedera

ROSTAM, Mohamad Firdaus
28 Mar 2025, 01:13 PM

pengetua tadika didenda rm2,000 selepas pulas telinga murid hingga cederaFoto sekadar hiasan

Seorang pengetua tadika didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menyebabkan kecederaan pada seorang murid berusia enam tahun dengan memulas telinga kanak-kanak tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku selepas murid terbabit tersalah menulis huruf 'G' pada tahun lalu.

Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, seorang wanita berusia 61 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dihadapi.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara selama 20 hari jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh telah membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh, yang juga seorang ibu tunggal, didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan dengan memulas telinga mangsa di sebuah tadika di Taman Cempaka, dekat Ampang, sekitar jam 11.30 pagi pada 6 Mac tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Jenifer Irithusamy, yang mewakili tertuduh, memohon agar mahkamah mengenakan hukuman denda minimum dan memberi peluang kedua kepada anak guamnya untuk memperbaiki kehidupan.

"Tertuduh adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak dan bekerja sebagai pengetua tadika dengan pendapatan bulanan RM3,000. Tertuduh memohon maaf kepada mahkamah, pihak polis, dan mangsa atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan ini," ujar Jenifer.

Menurutnya lagi, setiap tahun antara 15 hingga 20 kanak-kanak didaftarkan oleh ibu bapa di tadika tersebut, dan tertuduh berharap diberi peluang kedua untuk berubah.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin, bagaimanapun memohon agar hukuman yang setimpal dikenakan, dengan mengambil kira kepentingan awam yang lebih penting daripada kepentingan peribadi, serta pengakuan bersalah bukan jaminan untuk mendapat hukuman ringan.

Fakta kes menunjukkan bahawa ibu kandung kanak-kanak tersebut, seorang juruaudit berusia 37 tahun, dimaklumkan oleh anak sulungnya yang berusia 10 tahun pada 6 Mac 2024 bahawa mangsa dikatakan dipukul oleh tertuduh dengan menggunakan pen marker di bahagian tangan kanan. Selain itu, tertuduh juga didakwa menarik dan memulas telinga mangsa kerana tersalah menulis huruf 'G'.

Hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa terdapat kecederaan pada tisu lembut di telinga kanan kanak-kanak tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us