Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Wanita Cedera Dihentam Basikal Dari Tingkat 12

Aimi Amira Nordin
26 Mar 2025, 03:29 PM

wanita cedera dihentam basikal dari tingkat 12

Foto: Borakdaily

Seorang wanita menerima lima jahitan di kepala selepas tercedera akibat dihentam basikal yang dibuang dari tingkat 12 sebuah bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, semalam. 

Kejadian itu berlaku ketika Azuraini Yazid, 43, yang juga pembantu TABIKA Kemas di Pasir Panjang, sedang dalam perjalanan untuk membuang sampah sekitar jam 4 petang. Suami mangsa, Jusri Ibrahim, 48, berkata isterinya tiba-tiba jatuh dan tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah selepas terhantuk basikal yang jatuh tersebut. 

Jusri, yang juga pemandu di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), berkata isterinya tidak sedarkan diri dan menerima rawatan kecemasan daripada pasukan perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Isteri dikejarkan ke unit kecemasan HSNZ menerima lima jahitan di kepala dan keadaannya stabil," katanya yang turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Jusri menambah bahawa dia telah bertemu dengan pemilik basikal tersebut, namun pihak berkenaan mendakwa basikal anaknya yang diletakkan di luar rumah itu dibuang oleh individu lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, mengesahkan bahawa pihaknya telah merakam percakapan seorang penghuni kediaman yang mengaku basikal itu miliknya, tetapi menafikan terlibat dalam membuang basikal dari tingkat 12.

"Setakat ini siasatan masih dijalankan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil serta dibenarkan pulang ke rumah awal pagi ini," katanya.

Kes membabitkan barangan yang dibuang dari tingkat atas kediaman berstrata, terutamanya di PPR, bukanlah perkara baharu. Sebelum ini, pernah berlaku kejadian televisyen dibuang dari tingkat atas bangunan sehingga menghempap sebuah kereta yang diparkir, seperti yang terjadi di Taman Seri Intan, Ampang, Selangor pada April 2018.

Pada Januari tahun yang sama, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia selepas ditimpa sebuah kerusi yang dipercayai dicampak dari tingkat atas bangunan PPR Seri Pantai, Pantai Dalam, di Kuala Lumpur. Kejadian berlaku sekitar jam 8.30 malam ketika S. Sathiwaran, seorang pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya, sedang berjalan bersama ibunya, S. Kasthurivai, 45, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di tingkat 16 blok bangunan tersebut.

Sumber: Berita Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us