Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bergurau Tak Kena Tempat, Warga Emas Ditahan Polis Di LTAPP Kerana ‘Berjenaka’ Ada Bom Di Dalam Beg

ROSTAM, Mohamad Firdaus
13 Mar 2025, 10:23 AM

Tindakan seorang lelaki warga emas yang bergurau kononnya bagasi rakannya mengandungi bom membawa padah apabila dia ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, semalam.

Memetik laporan Bernama, perkara itu diberitahu dan disahkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam.

Menurutnya, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, lelaki tempatan berusia 64 tahun secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya yang berusia 60 tahun mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

bergurau tak kena tempat, warga emas ditahan polis di ltapp kerana ‘berjenaka’ ada bom di dalam beg

Foto sekadar hiasan

"Semasa kejadian, kedua-dua warga emas itu dijadualkan menaiki penerbangan ke China.

“Pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada bahan berbahaya dijumpai dalam bagasi mereka, namun kedua-duanya direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Untuk makluman, Seksyen 506 Kanun Keseksaan secara ringkasnya sebagai mengugut untuk mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, nama baik, harta, dengan niat untuk mencetus kegentaran (ketakutan) kepada mangsa atau untuk memaksa mangsa tersebut melakukan atau tidak melakukan sesuatu.

Terdapat 2 jenis hukuman yang terdapat didalam seksyen 506 Kanun Keseksaan bergantung kepada jenis atau tahap ugutan tersebut.

Sekiranya ugutan untuk menyebabkan kematian, cedera parah, kerosakan melalui kebakaran (seperti bakar rumah), mentomahkan seorang perempuan sebagai jalang, atau hendak menyebabkan apa-apa kesalahan jenayah yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara boleh sampai 7 tahun, hukuman penjara boleh sampai 7 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya ugutan tersebut selain yang dinyatakan di atas, hukuman penjara boleh sampai 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us