Kertas kajian, jurnal atau makalah akademik merupakan salah satu sumber rujukan dalam membentangkan sesuatu kajian atau penemuan.
Ia biasanya mempunyai bilangan muka surat tertentu yang lengkap dengan penerangan, fakta dan data.
Namun, ada satu kertas kajian kosong yang diterima sebagai sumber rujukan pada tahun 1973.
Kertas kajian dengan tajuk "The Unsuccessful Self-Treatment of a Case of 'Writer's Block”, ditulis oleh seorang pakar psikologi dari Veterans Administration Hospital di Brocton, Massachusetts, Dennis Upper, tidak mempunyai sebarang penerangan, eviden, data dan penjelasan lengkap. Ia hanya sehelai kertas kajian yang kosong.
Kertas kajian itu hanya mempunyai tajuk, nama penulis dan dan komen pengulas yang menjelaskan mengapa ia diterima sebagai salah satu kertas kajian dibawah Journal of Applied Behavior Analysis.
“Saya telah mengkaji naskah ini dengan sangat teliti dengan jus lemon dan sinar-X dan tidak mengesan satu kekurangan dalam reka bentuk atau gaya penulisan. Saya mencadangkannya diterbitkan tanpa semakan. Jelas ia adalah manuskrip paling ringkas yang pernah saya lihat - namun ia mengandungi perincian yang cukup untuk membolehkan penyiasat lain meniru kegagalan Dr. Upper. Berbanding dengan manuskrip lain yang saya dapat dari anda mengandungi semua perincian yang rumit, ini adalah keseronokan untuk meneliti," tulis pengulas pada bahagian bawah kertas kajian berkenaan.
Menariknya, kertas kajian ini telah menjadi rujukan kepada 83 kertas kajian lain, meskipun ia kosong tanpa isi dan data.
Sumber: Openculture / Article
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.