Keadaan hospital-hospital di Semenanjung Gaza sedang menghadapi krisis kesihatan yang teruk dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
![menyayat hati! doktor dedah luka pesakit dipenuhi ulat](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets2/special/basslinesinar-transparent/landscape-4_2.jpg)
Ia amat menyedihkan apabila 16 daripada 34 hospital kini tidak beroperasi di kawasan tersebut.
Memetik laporan The New Arab, mereka turut memberi amaran bahawa masalah serius bagi kekurangan bekalan ubat yang penting dan air bersih telah membuatkan luka pesakit dipenuhi ulat.
Menurut Ketua Pembedahan di Hospital Al-Shifa, Dr. Marwan Abusada, pihaknya memaklumkan mereka kini tidak mempunyai kapasiti untuk hospital di tengah-tengah situasi bencana itu.
“Kami mempunyai 153 pesakit di wad kecemasan. Semua katil telah diduduki dan kami tidak mempunyai ruang untuk menempatkan para pesakit selepas mereka menjalani pembedahan.
“Ramai pesakit turut dihinggapi sejenis ulat dipanggil lalat putih. Ia menghurung luka selepas pembedahan dan muncul selepas satu hari (pembedahan).
“Kebanyakan kecederaan dan pembedahan juga tidak mempunyai rawatan susulan kerana pasukan perubatan tidak dapat mengatasi kemasukan pesakit yang mengalami kecederaan pada setiap jam,” jelasnya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.