Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

[Video] Dr. Fauziah Titip Pesanan Semangat Kepada Sukarelawan Malaysia Dalam Misi Flotilla

ROSTAM, Mohamad Firdaus
03 Oct 2025, 12:26 PM

[video] dr. fauziah titip pesanan semangat kepada sukarelawan malaysia dalam misi flotillaFoto: Bernama

Peserta kapal Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Dr. Fauziah Mohd Hasan menitipkan kata-kata semangat buat semua sukarelawan Malaysia yang kini berdepan dengan penahanan oleh rejim Zionis.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, beliau memaklumkan bahawa sebahagian kapal misi telah ditahan dan peserta dibawa ke pelabuhan Ashdod atau masih dalam perjalanan ke sana.

“Ingatlah, segala latihan tanpa kekerasan dan maklumat yang kita terima sebelum ini adalah untuk menenangkan kita. Proses penahanan ini hanyalah cubaan menakut-nakutkan, tetapi ia tidak akan mampu mematahkan semangat kita,” katanya.

 

@drfauziah.hasan Untuk @farahlee.fl dan semua pejuang wanita #flotilla #sumud #conscience #drfauziah ♬ Very Sad - Enchan

 

Dr. Fauziah mengingatkan bahawa meskipun ada risiko sukarelawan dicederakan secara fizikal, doa sentiasa dipanjatkan agar mereka dilindungi daripada penghinaan, cacian dan kekejaman tentera Israel.

“Kita ikhlas berjuang demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Insya-Allah, segala usaha ini menjadi amal yang diterima Allah sebagai pemberat menuju syurga,” ujarnya lagi.

Beliau turut mendoakan kekuatan dan ketabahan buat rakan seperjuangan termasuk Nur Fazelah Mad Tahil, Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah Helmi, Iylia Balqis Suhaimi serta Nurul Hidayah Mohd Amin agar terus tenang dan dijauhkan daripada rasa takut sepanjang misi kemanusiaan tersebut.

Untuk rekod, Dr. Fauziah merupakan wanita Malaysia pertama yang menyertai pelayaran ke Gaza menerusi misi Women’s Boat to Gaza pada tahun 2016.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us