Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

[Video] Dua Lelaki Maut Ditembak di Hadapan Kompleks Beli-Belah di Cheras

IDRUS, Husna Najwa
17 Jun 2025, 10:57 AM

[video] dua lelaki maut ditembak di hadapan kompleks beli-belah di cheras

Dua lelaki maut ditembak sekumpulan suspek bersenjata di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, sekitar jam 12.15 tengah malam tadi.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang berjalan ke arah kereta mereka yang diletakkan di kawasan parkir pusat beli-belah berkenaan. Menurut saksi, sekumpulan lelaki yang memakai topi keledar tiba-tiba berlari ke arah mangsa sebelum melepaskan beberapa das tembakan, menyebabkan kedua-duanya rebah dalam keadaan berlumuran darah.

 

@world.arkitek menjadi-jadi kes tembak kat Malaysia ni. #trending #newsmalay #fyppppppppppppppppppppppp ♬ bunyi asal - World Arkitek

 

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Alza.

Mangsa yang ditembak di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mereka ditemui dalam jarak kira-kira lima meter dari kenderaan mereka.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan IPD Cheras bersama Unit Forensik telah menjalankan siasatan di lokasi. Kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dikenal pasti berasal dari Sibu, Sarawak.

Polis kini sedang meneliti rakaman CCTV dan mengumpul keterangan saksi bagi mengenal pasti identiti suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian berasingan Jumaat lalu, seorang lelaki tempatan maut manakala dua rakannya cedera selepas ditembak dua suspek bermotosikal di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan, Brickfields.

Setakat ini, siasatan terhadap kedua-dua insiden masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.

Sumber: Berita Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us