Secara normal, kedua-dua belah mata kita mempunyai warna mata yang sama. Tetapi, ada manusia yang warna matanya sebelah lain dan sebelah lain. Tapi kenapa macam tu eh?
Orang yang mempunyai dua warna mata dipanggil Heterochromia iridium (dua mata yang berbeza berwarna dalam seorang individu) yang agak jarang berlaku pada manusia dan hasil dari peningkatan atau penurunan pigmentasi iris.
Heterochromia ini disebabkan oleh berubahnya jumlah melanin yang menyebabkan warna sesuatu dapat berubah. Kelainan ini juga boleh jadi sebahagian sahaja atau keseluruhan. Heterochromia selalunya terjadi kepada mereka yang berada di Eropah, Afrika Utara, Timur Tengah, Pakistan, dan India Utara atau mereka yang berkulit putih.
Penglihatan mereka juga adalah sama seperti orang lain, cuma warnanya sahaja yang agak berbeza membuatkan golongan ini agak unik jika berbanding dengan orang lain.
Korang kenal tak sesiapa yang ada warna mata berbeza?
Sumber: livescience
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.