Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Tak Perlu Gaduh-Gaduh!” – Duta Besar Indonesia Nafi Malaysia ‘Claim’ Tradisi Pacu Jalur

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 Jul 2025, 10:48 AM

“tak perlu gaduh-gaduh!” – duta besar indonesia nafi malaysia ‘claim’ tradisi pacu jalurFoto: Vocket

Baru-baru ni kecoh di media sosial kononnya Malaysia nak ‘claim’ tradisi Pacu Jalur yang merupakan sebuah permainan lumba perahu yang sinonim dengan daerah Riau, Indonesia sebagai budaya sendiri. Tapi… sebenarnya, itu semua tak betul pun!

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono, tampil beri penjelasan dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Katanya, tiada satu pun kenyataan rasmi dari pihak Malaysia tentang nak tuntut Pacu Jalur tu sebagai warisan budaya negara.

“Apa yang tular tu hanya cakap-cakap netizen. Bukan rasmi pun. Malaysia tak pernah tuntut Pacu Jalur milik mereka,” jelas Hermono, seperti yang dilaporkan Antara News.

Hermono juga jelaskan, persamaan budaya antara Indonesia dan Malaysia ni dah wujud sejak dulu lagi, hasil penghijrahan rakyat Indonesia ke Tanah Melayu sebelum Malaysia merdeka.

“Ramai orang Malaysia berasal dari keturunan Riau, Padang, Sulawesi Selatan, Jawa dan sebagainya. Jadi budaya tu dah bercampur dan dibawa ke sini sejak lama. Tak pelik pun kalau banyak budaya kita serupa.”

Tambahnya lagi, kadang-kadang orang mudah keliru sebab nama tempat pun sama. Contohnya, kat Riau ada Sungai Kuantan, dan kat Malaysia pun ada Bandar Kuantan serta Sungai Kuantan di Pahang. Jadi, jangan cepat melatah bila dengar benda macam ni tular.

Duta Besar itu juga minta rakyat Indonesia supaya lebih berhati-hati dengan berita tak sahih di media sosial.

“Kita kena bijak menilai. Jangan cepat percaya dengan berita yang tak jelas sumbernya. Kita tak nak persamaan budaya ni jadi punca gaduh,” katanya lagi.

Hermono turut ingatkan supaya jangan jadikan isu-isu kecil macam ni sebagai punca ketegangan antara dua negara serumpun. Katanya, budaya yang sama patutnya jadi pengikat hubungan, bukan buat kita bermusuh.

Sumber: Vocket

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us