
Seorang ejen jualan kosmetik Wanita Rosnazi Mohd Naim yang diculik di Tumpat minggu lalu berjaya diselamatkan.
Hasil Kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga pihak berkuasa Thailand, kedudukan mangsa yang berusia 36 tahun berjaya dikesan.
"PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyelesaikan kes penculikan seorang wanita yang juga ejen jualan produk kosmetik, pada 13 September lalu.
"Seramai tujuh orang suspek lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Turut dirampas Ketika itu adalah kenderaan yang digunakan untuk melarikan mangsa.
Hasil siasatan mendapati suaminya dipercayai terbabit dengan aktiviti penyeludupan dadah.
Sumber : Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.