Pada masa yang sensitif ini, sangat kritikal untuk kita mengetahui etika-etika dan adab menziarahi pesakit dan hospital secara umumnya. Hal ini bukan sahaja membantu para pesakit untuk sembuh dengan lebih cepat, teetapi juga membantu anda untuk tidak menjangkiti sebarang penyakit.

Anda perlulah ingat untuk mengelakkan perkara-perkara berikut sekiranya anda ingin menziarahi saidara atau kawan di hospital.
1. JANGAN pergi ziarah kalau anda sendiri sakit.
Kami tahu, saat kita dengar berita seseorang itu jatuh sakit, tindakan semulajadi kita akan terus bergerak ke hospital tersebut untuk emnunjumuka dan menziarahi beliau. Namun begitu, sekiranya anda sendiri sakit, terutamanya penyakit yang mudah merebak, seperti flu, selesema dan batuk, adalah lebih afdal sekiranya anda menziarahi pesakit tersebut secara atas talian.
Sekarangkan sudah moden, banyak aplikasi di telefon pintar anda yang membolehkan anda membuat panggilan video kepada orang tersayang. Hal ini sebenarnya adalah disebabkan pesakit-pesakit di hospital pada kebiasaannya mempunyai sistem imunisasi yang lemah atau telah dilemahkan. Anda fikir anda membuat sesuatu yang baik dengan menziarahi pesakit, tetapi sebenarnya anda berkemungkinan untuk melaratkan lagi kesakitannya.
2. Jangan bawa bunga, tumbuhan atau makanan luar
Selalu kita tengok dekat dalam filem atau televisyen, saat seseorang itu dimasukkan ke wad hospital, maka berduyun-duyunlah bunga dan segala jenis tubuhan yang diberikan kepada pesakit, di sebelah katilnya. Kononnya, ia adalah untuk membantu pesakit cepat pulih dengan memberikan kesegaran alam semula jadi. Teta[pi sebenarnya ia satu amalan yang kurang elok kerana tumbuhan tersebut berkemungkinan mempunyai spora fungus dari dunia luar yang mungkin boleh menjejskan kesihatan pesakit.

Begitu juga dengan makanan luar, terutamanya makanan yang kurang berkhasiat seperti gorengan, pizza dan makanan-makanan segera yang lain. Memang makanan hospital mungkin kurang berperisa, tetapi sebnarnya , makanan tersebut telah diukur dan disukat mengikut keperluan pesakit. Setiap pesakit berkemungkinan mempunyai keperluan nutrien yang berlainan antara satu sama lain. Ini adalah cara doktor untuk mengawal keadaan pesakit.
3. JANGAN nak menjoyah pasal kes-kes pesakit lain
Dalam setiap kumpulan kawan atau saudara mesti ada seorang yang entah kenapa, suka membandingkan penyakit pesakit yang sedang dilawati dengan pengalamannya atau kawannya yang menghidapi ‘penyakit yang lebih teruk’. Hal ini bukan sahaja menrudumkan moral pesakit tetapi juga menjengkelkan penziarah-penziarah yang lain.
Sehubungan dengan itu, elakkan juga bercerita perkara-perkara buruk yang berlaku di dunia luar sekiranya ianya tiada kaitan langsung dengan pesakit. Senang cerita, elakkan cerita benda-benda buruk walau sehangat manapun gosip tersebut. Pesakit pun rasanya malas untuk dengar celotehan anda.
4. JANGAN bawa pakaian, bantal atau selimut dari rumah
Sesebuah hospital sebenarnya penuh dengan mikroorganisma-mikroorganisma yang mungkin boleh memudaratkan anda. Yalah, kan hospital itu tempat orang-orang yang sakit? Jadi kalau anda bawa barangan kain dari rumah dan seterusnya membawanya kembali ke rumah, anda sebenarnya sedang memberi tumpang kepada kuman di hospital untuk memasuki rumah anda.

5. JANGAN bercakap bagi pihak pesakit
Selagi seseorang pesakit itu masih boleh bercakap atau mulut mereka tidak berbalut, elakkan untuk bercakap bagi pihaknya, terutama ketika menjawab soalan-soalan dari doktor. Kebanyakan soalan yang diajukan kepada pesakit adalah untuk melihat keadaan dirinya sendiri dan pada kebiasaannya hanya boleh dirasai oleh pesakit tersebut sendiri. Ini tidak, kita yang sihat ini pula yang memandai memeberikan penerangan terperinci tentang kesakitan pesakit.
Sumber: The Healthy
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.