Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Kami Enggan Malukan Diri Sendiri…” - Elite Setuju Adakan Konsert Demi Hargai Sokongan Peminat

ROSTAM, Mohamad Firdaus
24 Jun 2025, 03:09 PM

“kami enggan malukan diri sendiri…” - elite setuju adakan konsert demi hargai sokongan peminatFoto: Instagram

Selepas 30 tahun ditubuhkan iaitu sejak 1995 kumpulan Elite teruja apabila mendapat peluang dan kepercayaan menjayakan Konsert Elite Live '25 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Konsert julung kali itu bakal berlangsung pada 20 September depan yang dibawakan penganjur, Icon Entertainment diasaskan, Iman Tang berikutan atas permintaan ramai.

Lebih istimewa lagi, Konsert Elite Live'25 ini turut menggabungkan semula lima anggota asal iaitu Azza, Shasha Saidin, Abby Abadi, Watie Sadali dan Linda Rafar.

Azza berkata, impian untuk Elite muncul kembali menerusi konsert berskala mega yang pertama mereka tercetus selepas menjadi penyanyi jemputan pada Konsert GenKRU, awal Mei lalu

“Perasaan itu sangat teruja lah, tetapi dalam masa yang sama kami juga telah bersedia untuk menerima segala apa-apa yang selepas ini.

“Kalau takut dilambung ombak, kita jangan berumah di tepi pantai. So, kami ambil langkah yang sangat berani, keberadaan kami di sini untuk menghiburkan peminat,” ujarnya ketika ditemui di pelancaran Konsert Elite Live ‘25 di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, peminat-peminat Elite sudah mengetahui bahawa kebolehan kumpulan wanita era 90-an di tahap yang mana.

“Mereka hanya mahu mendengar lagu-lagu popular keluaran Elite yang di dinyanyikan oleh kami berlima.

“Sekiranya ada yang mengecam sekalipun, mungkin ianya dalam kuantiti yang sedikit. Ianya normal sahaja dalam industri,” katanya lagi.

Azza mewakili kumpulannya turut memberitahu bahawa setiap kritikan mahupun kecaman yang diterima dan bakal diterima nanti, akan diterima dengan hati yang terbuka memandangkan melalui konsert ini sahaja Elite dapat menghargai peminat yang telah sekian lama menyokong mereka selama ini.

Sekadar info, harga tiket bermula RM268 bagi kategori Tamparan Wanita dan Catwalk, RM588 (Manisnya Senyumanmu) dan RM1088 (GIG).

Tiket konsert Elite Live’25 bakal mula dijual bermula Khamis depan pada pukul 2 petang menerusi www.ticket2u.com.my/elite.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us