Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin menitipkan pesan buat pelakon, Amyza Aznan dan meluahkan rasa simpati dengan dugaan yang menimpa rakannya itu.
Menerusi satu tangkapan skrin di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh Amyza, Elizad dilihat menghantar mesej kepadanya berhubung masalah kesihatan anaknya, Andre Mikhail.

Foto: Instagram
“Semoga yang baik-baik untuk kakak. Moga kayak terus kuat.
“Dikurniakan pahala berterusan berkat dengan kesabaran kakak.
“Macam-macam kakak lalui, tapi Ejad tengok kakak kuat sangat. We love you kakak,” tulis Elizad.
Sebelum ini, Amyza mengesahkan anak lelakinya, Andre menghidap kanser paru-paru tahap ketiga.

Foto: Sinar Harian
Dalam pada itu, Andre yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Ampang selama dua minggu kini sudah ditukarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi meneruskan sesi rawatan kemoterapi.

Foto: Instagram
Ditanya sama ada Andre menunjukkan sebarang simptom, pelakon drama bersiri Rindu Kasih Itu mengakui terkejut apabila pihak hospital memaklumkan kepadanya perkara tersebut kerana anaknya seorang yang aktif bersukan.
Kata Amyza, anaknya itu hanya memaklumkan dia mengalami kesakitan pada bahagian bahu namun tidak sangka ia berlarutan selama berbulan.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.