Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Mayat Enam Beranak Ditemui Dalam Kereta Tenggelam di Sungai Korok

IDRUS, Husna Najwa
07 Jul 2025, 11:12 AM

mayat enam beranak ditemui dalam kereta tenggelam di sungai korok

Foto: Astro Awani

Bomba Kedah hari ini mengesahkan penemuan enam mayat dalam sebuah Proton Saga Iswara yang tenggelam di Sungai Korok. Ketua Zon 1 JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim, berkata kesemua mayat sedang dikenal pasti.

Setakat ini, empat mayat telah berjaya dikeluarkan dan dibawa ke tebing sungai, manakala dua lagi yang dipercayai suami isteri masih berada dalam kenderaan dan belum dikeluarkan.

Menurut Ahmad Aminuddin, pasukan bomba menghadapi kesukaran mengeluarkan mayat tersebut, justeru terpaksa memotong bahagian bumbung kereta untuk melakukan operasi menyelamat.

mayat enam beranak ditemui dalam kereta tenggelam di sungai korok

Foto: Astro Awani

Sebelum ini, keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak termasuk seorang bayi berusia enam bulan dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi sejak Sabtu lalu. Mangsa yang dikenal pasti ialah Mohd Azim Ezzat Ishak (32), isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy (31), serta empat orang anak berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun, yang disedari tidak pulang selepas bermalam di Taman Aman, Jitra.

mayat enam beranak ditemui dalam kereta tenggelam di sungai korok

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Radzi Abdul Rahim, turut mengesahkan laporan kehilangan pasangan bersama empat anak mereka.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us