Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Enam Dekad: Enam Tahun Mengenang Persaraan Tun Tengku Maimun

IDRUS, Husna Najwa
02 Jul 2025, 11:15 AM

enam dekad: enam tahun mengenang persaraan tun tengku maimun

Foto: Tatler Asia

Pada 2 Julai 2025, Tun Tengku Maimun secara rasmi bersara tepat pada hari ulang tahunnya yang ke-66, menamatkan enam tahun perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara, iaitu jawatan tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia.

📌 Perjalanan Terakhir di Mahkamah

Pada hari terakhirnya, 1 Julai 2025, beliau mempengerusikan dua kes penting iaitu Kes pembunuhan Kevin Morais dan Ruling berkaitan Akta Perhimpunan Aman. Beliau kemudiannya menyatakan tiada rasa kesal dan tiada masalah walaupun tempoh perkhidmatannya tidak dilanjutkan selama enam bulan lagi seperti yang dibenarkan.

Beliau dikenali sebagai seorang yang amat tenang namun tegas dalam menjalankan tugas. Tun Tengku Maimun turut menyatakan penolakan lanjutan tempoh tidak menjejaskan beliau kerana lebih utuh nilai khidmat 6 tahun berbanding lanjutan pendek.

Beliau turut memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan tugas, ia merupakan anugerah yang besar menurut beliau.

Menurut Tun Maimun, beliau telah memainkan peranan penting memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman. Maka beliau berharap agar pengganti kelak akan meneruskan legasi beliau, terutama aspek keadilan dan integriti .

 ✨ Warisan TunTengkuMaimun

1. Wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara dan membuka ruang wanita dalam posisi tertinggi kehakiman.

2. Sentiasa menerajui keputusan penting dengan tegas dan telus.

3. Membela bebas kehakiman dan menegur kepentingan ketelusan dalam pelantikan hakim & menekankan prinsip penuh integriti.

4. Pemacu keadilan digital dengan memajukan pendigitalan proses mahkamah sepanjang era COVID-19 dan seterusnya.

enam dekad: enam tahun mengenang persaraan tun tengku maimun

🤝 Penghargaan Terakhir

Di akhir kariernya, Tun Tengku Maimun menitipkan rasa terima kasih kepada Malaysian Bar dan seluruh warga kehakiman, serta berharap institusi kehakiman terus kukuh dan berkembang di masa depan.

Persaraan Tun Tengku Maimun bukan sekadar pengunduran individu, tetapi simbol berakhirnya era yang penuh dinamika, keberanian dan inovasi dalam sistem kehakiman Malaysia. Warisannya dalam menegakkan integriti dan keadilan terus menjadi inspirasi kepada generasi peguam dan hakim serta menjadi penanda aras bagi kestabilan sistem kehakiman negara.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us