Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

“Kahwin Oktober? Itu Sekadar Angan-Angan…” – Erra Fazira Nafi Khabar Angin

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Sep 2025, 11:26 AM

“kahwin oktober? itu sekadar angan-angan…” – erra fazira nafi khabar anginFoto: Instagram

Pelakon terkenal, Erra Fazira, menafikan desas-desus bahawa dirinya bakal berkahwin dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain, pada Oktober ini.

Menurut Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 51, tiada sebarang tarikh ditetapkan malah kedua-dua keluarga juga belum pernah berbincang mengenai perkara tersebut.

“Oktober? Kalau betul bulan depan, sudah tentu saya tiada di program ini dan sibuk dengan persiapan. Hakikatnya keluarga kami pun tidak tahu apa-apa tentang tarikh kahwin.

“Segala cerita kononnya kami sudah merancang itu sekadar angan-angan sahaja. Kalau kami rancang tanpa pengetahuan keluarga, tentu mereka kecil hati. Buat masa sekarang belum sampai ke tahap itu,” katanya kepada media.

Erra turut mengakui ada menerima tawaran tajaan daripada beberapa pihak namun tidak dapat memberi kata putus kerana belum ada tarikh pernikahan. Katanya, dia menghargai pihak yang tampil memberi sokongan tetapi hanya akan membuat keputusan apabila tarikh muktamad ditetapkan bersama keluarga.

Mengulas mengenai tekanan terhadap jangkaan ramai, primadona filem Melayu alaf baharu itu berkata dirinya sudah terbiasa dengan perhatian terhadap kehidupan peribadi. Menurutnya, dia dan Ezwan mahu menjalani hubungan secara matang dan berlapang dada menerima segala komen yang diterima.

“Saya rasa benda begini bukan baru bagi saya. Buat masa ini, kami mohon doa dan restu, kemudian selebihnya serahkan pada takdir,” ujarnya.

Sebelum ini, tular khabar angin bahawa Erra dan Ezwan bakal bernikah Oktober selepas dia dilihat meninjau beberapa dewan acara, namun Erra menafikan membuat sebarang tempahan.

Persahabatan mereka mula menjadi perhatian awal tahun ini apabila keluarga kedua-dua pihak sudah saling mengenali, manakala Ezwan mengesahkan hubungan serius mereka bermula sejak Ogos 2024.

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai tiga tahun kemudian. Pada 2007, dia bernikah dengan Engku Emran tetapi berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, kini berusia 16 tahun.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us