Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Etika Melawat Pesakit di Hospital - Bahagian 2

Mari kita sambung lagi sedikit tentang etika melawat pesakit di hospital.
Editor
17 Feb 2020, 03:00 PM

etika melawat pesakit di hospital - bahagian 2

Mari kita sambung lagi sedikit tentang etika melawat pesakit di hospital.

 

Lihat 5 etika pertama di sini.

 

6. Jangan kurang ajar dengan staf hospital.

Ya, kami faham, mungkin anda stres dan takut dengan apa yang akan terjadi kepada orang tersayang anda. Tapi berkelakuan biadap dan kurang ajar kepada staf-staf hospital bukanlah sesuatu yang dapat mempercepatkan lagi penyembuhan pesakit. Para doktor dan jururawat semestinya sedang melakukan yang terbaik dalam menyembuhkan orang tersayang anda.

Kalaupun anda rasa staf hospital yang sedang merawat pesakit kurang kompeten, anda boleh menanyakan tentang tindakan mereka dengan sopan dan teratur. Jika mereka masih menunjukkan perkhidmatan yang kurang professional, anda boleh melaporkan kelakuan tersebut kepada badan pengurusan hospital tersebut.

 

7. JANGAN makan lebihan makanan pesakit

Mungkin anda rasa kalau anda habiskan makanan pesakit, anda menolong mengurangkan penbaziran makanan. Seorang doktor pakar melarang perbuatan ini. Hal ini kerana, ada kemungkinan doktor melihat kepada jumlah makanan yang dimakan untuk mengukur tahap kesihatan atau peningkatan kesihatan pesakit.

Jika anda habiskan makanan pesakit, doktor mungkin akan ambil maklum bahawa pesakit telah mendapat ntrien makanan yang secukupnya walhal ianya tidak benar.

 

8. JANGAN terlalu emosi

Mudah untuk difahami, kita akan berada pada keadaan yang agak beremosi saat melihat orang yang kita sayang berada dalam kesakitan dan keadaan yang tidak sihat. Namun, sekiranya anda sayangkan pesakit, anda sepatutnya tidak menunjukkan kesedihan yang ketara dihadapannya.

etika melawat pesakit di hospital - bahagian 2

Seorang pakar mencadangkan anda membawa seorang kawan yang tunggu di luar bilik di saat melawat pesakit yang berada dalam keadaan kritikal. Di saat anda merasakan emosi anda membuak, minta izin untuk keluar sebentar dan pergi kepada kawan anda untuk menenangkan diri.

Pastikan anda tidak berada dalam lingkungan pendengaran pesakit. Pesakit sedang mengalami tekanan dan stress berada di dalam keadaan tersebut dan tidak memerlukan bebanan tambahan ketika melihat orang yang disayangi (penziarah) dalam keadaan yang emosi.

 

9. Jaga keselesaan pesakit sekeliling.

Tidak semua daripada kita yang mampu untuk mendapat keselesaan bilik persendirian. Kebanyakan pesakit akan berada dalam bilik yang dikongsi oleh 4 hingga 6 orang pesakit. Kita, sebagai pelawat, perlulah menghormati masa dan keselesaan pesakit lain. Jangan terlalu bising sehingga menganggu masa berehat pesakit lain. Mereka memerlukan rehat yang cukup untuk membantu proses pemulihan mereka.

 

10. JANGAN jadi penyemak di dalam wad.

Sekiranya pesakit yang dilawati adalah seorang dewasa, tiada keperluan sebenarnya anda untuk menemani beliau 24jam. Hospital meletakkan waktu-waktu melawat itu bersebab. Para pesakit memerlukan rehat yang cukup. Lagi-lagi kerana para doktor akan memeriksa keadaan pesakit setiap beberapa jam. Jadi, setiap detik waktu rehat adalah penting dan mereka tidak boleh membazirkannya dengan melayan pelawat.

 

Sumber: The Health

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us