
Foto: Bernama
Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang semakin hampir, semangat patriotisme rakyat Malaysia semakin membara. Salah satu cara paling mudah dan bermakna untuk menunjukkan rasa cinta kepada tanah air ialah dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Namun begitu, masih ramai yang kurang arif tentang cara pemasangan bendera yang betul dan mengikut etika. Oleh itu, berikut merupakan panduan penting yang perlu diikuti oleh setiap rakyat Malaysia.

Foto Hiasan
1. Bendera Saiz Biasa Harus Dipasang Secara Melintang
Bendera saiz standard (6 kaki panjang dan 3 kaki tinggi) wajib dipasang secara melintang, bukan menegak. Bahagian biru dengan bulan dan bintang harus berada di bahagian atas sebelah kiri apabila dilihat daripada depan. Memasang bendera secara terbalik atau menegak ialah satu kesalahan dan tidak menghormati simbol negara.
2. Larangan Gantung Bendera dalam Bentuk Segi Tiga
Walaupun bendera dalam pelbagai bentuk boleh nampak menarik untuk hiasan, menggantung bendera Jalur Gemilang dalam bentuk segi tiga dalam kuantiti banyak adalah dilarang. Ia dianggap tidak sesuai dengan etika penghormatan terhadap bendera kebangsaan.
3. Panduan Jalur Gemilang Gantung (Hanging Flag)
Jika anda menggunakan Jalur Gemilang versi gantung, pastikan:
-Ia tidak dipasang secara melintang.
-Bendera digantung dengan ekor di bawah, bersaiz 1/8 daripada panjang bendera.
-Dari pandangan hadapan, jalur merah harus di sebelah kiri dan jalur putih di sebelah kanan.
4. Pemasangan Flagline (Barisan Bendera)
Sekiranya bendera dipasang secara berderet (flagline), semua bendera hendaklah dipasang secara melintang, bukan menegak atau terbalik.

Foto Hiasan
Bendera bukan sekadar kain berwarna tetapi ia adalah simbol kedaulatan, maruah dan perpaduan negara. Mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara yang betul mencerminkan jati diri dan semangat patriotik kita sebagai rakyat Malaysia. Marilah kita bersama-sama memastikan pemasangan Jalur Gemilang mematuhi garis panduan yang ditetapkan, demi menghormati lambang kebanggaan kita bersama.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.