Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

“Saya Ajar Mereka Tutup Mata dan Peluk Saya…” - Eyra Hazali Terpaksa Bawa Anak Lelaki Masuk Tandas Wanita

ROSTAM, Mohamad Firdaus
03 Sep 2025, 11:20 AM

“saya ajar mereka tutup mata dan peluk saya…” - eyra hazali terpaksa bawa anak lelaki masuk tandas wanitaFoto: Instagram

Pelakon Eyra Hazali mengakui terpaksa membawa tiga anak lelakinya masuk ke tandas wanita apabila keluar berseorangan tanpa ditemani suami.

Eyra atau nama sebenarnya Hazira Qasdina Hazali, 26, berkata tindakan itu bukan pilihan, sebaliknya demi keselamatan anak-anaknya yang masih kecil ketika dia berjauhan dengan suami, penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli.

“Saya ada tiga orang anak lelaki berusia lima, tiga dan setahun. Kalau keluar ke pusat beli-belah atau mana-mana tanpa suami, saya memang perlu bawa mereka ke tandas sekali,” katanya dalam Threads.

Menurut Eyra, dia turut mendidik anak-anaknya supaya menutup mata atau menghadap dirinya ketika berada dalam tandas wanita bagi menghormati orang sekeliling.

“Saya faham mungkin ada yang kurang selesa, sebab itu saya ajar anak-anak untuk menutup mata atau peluk saya setiap kali masuk tandas wanita,” jelasnya.

Bagi mengelakkan situasi sebegitu, Eyra lebih gemar memilih pusat beli-belah yang menyediakan tandas khas kanak-kanak.

Isu ini tercetus selepas beberapa pengguna media sosial menyuarakan rasa tidak senang apabila ibu membawa anak lelaki masuk ke tandas wanita. Namun, Eyra menegaskan ia dilakukan kerana bimbang keselamatan jika anak dibiarkan bersendirian.

Difahamkan, Eyra kini menjalani kehidupan perkahwinan jarak jauh selepas suaminya berpindah ke Kuching, Sarawak untuk menyertai kelab Kuching City FC.

Terdahulu, pelakon Ika Nabella juga pernah berkongsi pandangan sama dengan menegaskan bahawa keselamatan anak lebih utama berbanding pandangan orang ramai.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us