Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal, penyerang skuad Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim berisiko untuk bersara awal daripada kancah bola sepak berikutan keadaan semasanya yang melecur pada tahap empat akibat kesan daripada lecuran asid.
Tangan kiri Faisal Halim juga tiada tindak balas dan memerlukan pemantauan rapi.
Faisal Halim kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bakal menjalani beberapa siri pembedahan selepas siri pertama sebelum ini yang mengambil masa selama empat jam.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika melawat pemain Selangor FC itu berkongsi luahan kesedihan Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada Ahad lalu.
"Saya orang pertama yang berjumpa dengan Faisal dan isterinya di bahagian kecemasan. Saya sempat berborak dengannya.
"Dia cakap 'Apa salah saya Datuk. Kenapa saya kena macam ini.' Dia menangis dengan keadaan dia pada ketika itu yang dalam kesakitan," katanya dalam temubual dengan Sukan Sinar di Wisma FAM Kelana Jaya pada Isnin.
Sumber : Stadium Astro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.