Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Betul Ke Makan Durian Boleh Buat Badan Naik? Ini Penjelasan Dari Doktor Tentang Fakta Dan Mitos Durian

Peminat raja buah iaitu buah durian semestinya tidak melepaskan peluang...
Editor
10 Jul 2018, 10:56 AM

betul ke makan durian boleh buat badan naik? ini penjelasan dari doktor tentang fakta dan mitos durian

Peminat raja buah iaitu buah durian semestinya tidak melepaskan peluang untuk merasaikenikmatan buah durian yang kini adalah musimnya. Di sini kami kongsikan perkongsian dari Doktor Rushdan Noor ini tentang fakta atau mitos tentang buah durian. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.

FAKTA DAN AUTA MENGENAI DURIAN

Sekarang ini musim durian dan durian memang menjadi kegemaran ramai orang di negara kita. Durian adalah pokok buah yang tergolong di dalam keluarga Durio. Perkataan durian adalah berasal daripada kulit buahnya yang berduri. Terdapat lebih kurang 30 spesis pokok durian. Cuma durian daripada spesis Durio zibethinus yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa, manakala spesis-spesis lain hanya terdapat di tempat ianya tumbuh.

Memandangkan buah durian adalah buah yang sangat terkenal dan digemari oleh ramai orang terutama orang Asia, maka terdapat banyak pendapat yang disebarkan oleh orang ramai, ada yang benar dan ada yang tidak benar.

FAKTA YANG BENAR MENGENAI DURIAN

1. DURIAN BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN. Buah durian mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kalori, jadi mengambil sebiji buah durian sudah meliputi 70% daripada sejumlah 2000 kalori sehari yang disyorkan kepada seorang dewasa. Seulas buah durian mempunyai berat lebih kurang 40 gram ataupun 59 kalori.

2. DURIAN KAYA DENGAN NUTRIN. Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks. Ia juga mengandungi asid amino tryptophan yang juga dikenali sebagai “pil tidur semulajadi” yang mungkin dapat membantu tidur. Durian juga mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi daripada buah pisang.

3. PESAKIT DIABETES MESTI MENGHADKAN PENGAMBILAN DURIAN. Disebabkan durian mempunyai kandungan gula yang tinggi yakni gula ringkas seperti sukros, fruktos dan glukos (Indek Glisemik yang tinggi), buah ini memang tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes, kecuali jika diambil dalam kuantiti yang sedikit.

4. DURIAN BOLEH MEMBERI TENAGA SEGERA. Disebabkan oleh kandungan karbohidrat yang tinggi dalam bentuk gula ringkas, ia memang boleh menjadi sumber tenaga segera.

MITOS MENGENAI DURIAN

Berikut adalah kepercayaan yang salah ataupun mitos mengenai durian.

1. DURIAN MENGANDUNGI KOLESTEROL YANG TINGGI. Jika dilihat di dalam jadual fakta nutrin buah durian jelas menunjukkan bahawa sebenarnya TIDAK ADA kolesterol di dalamnya.

2. DURIAN ADALAH PANAS DAN PERLU DIAMBIL DENGAN BUAH MANGGIS YANG SEJUK. Tidak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden. Ianya tidak disokong oleh kajian saintifik. Tabiat mengambil buah durian bersama dengan manggis mungkin disebabkan oleh kedua-dua pokok durian dan manggis mempunyai musim buah yang sama.

3. MEMAKAN DURIAN MENINGKATKAN NAFSU/TENAGA SEK (LIBIDO). Tidak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian meningkatkan tenaga seks.

4. MENGAMBIL DURIAN BERSAMA DENGAN BEER BOLEH MEMBUNUH. Tidak ada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan. Meminum alkohol sudah sememangnya memudaratkan, tetapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil berlebihan. Pengambilan durian dan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kembong perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut sebab organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolism ke atas lemak dan gula yang terkandung di dalam alkohol dan durian.

Kesimpulannya buah durian memang mempunyai nilai nutrisi yang tinggi, jika diambil secara sederhana boleh menjadi sumber tenaga, mineral dan vitamin yang baik. Ia juga mengandungi lemak monotidaktepu yang lebih baik daripada lemak tepu. Mengambil sebanyak 2-3 ulas sekali makan adalah memadai tetapi disebabkan oleh ketagihan dan obses, orang ramai seringkali memakan buah durian secara berlebihan. Pengambilan durian yang berlebihan tentu tidak baik untuk kesihatan badan.

Dr Rushdan Noor 
8hb Julai 2018

betul ke makan durian boleh buat badan naik? ini penjelasan dari doktor tentang fakta dan mitos durian

betul ke makan durian boleh buat badan naik? ini penjelasan dari doktor tentang fakta dan mitos durian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us