Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Fasa Masyair: Ujian Ketahanan Fizikal dan Mental Jemaah Haji Malaysia

ROSTAM, Mohamad Firdaus
21 May 2025, 11:33 AM

fasa masyair: ujian ketahanan fizikal dan mental jemaah haji malaysia

Foto: Astro Awani

Fasa Masyair dalam ibadah haji, yang berlangsung antara 8 hingga 13 Zulhijjah, merupakan tempoh paling mencabar bagi jemaah haji. Ia bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, tetapi juga kekuatan mental dan emosi dalam usaha mencapai haji yang mabrur.

Menurut Pengurus Kaunseling Unit Perkhidmatan Kaunseling, Azlina Abd Wahid, meskipun jemaah haji telah menjalani persiapan rapi sebelum berangkat ke Tanah Suci, tekanan sebenar akan mula dirasai apabila memasuki tempoh Masyair. Keadaan yang sesak, cuaca yang panas, dan peningkatan tekanan sosial menyumbang kepada cabaran mental yang dihadapi oleh jemaah.

Azlina menekankan pentingnya sikap syukur dan sabar dalam menghadapi ujian tersebut.

"Sentiasalah bersyukur dengan apa jua ujian yang datang. Jika kita letakkan syukur di hadapan, Insya-Allah segala rasa tidak menyenangkan itu akan perlahan-lahan reda,” ujarnya.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa sabar adalah perintah Allah yang perlu diamalkan walaupun sukar pada mulanya.

Di Arafah, jemaah haji mengikuti program khas sehingga waktu wukuf. Namun, keadaan berbeza di Mina di mana jemaah perlu bijak mengurus masa lapang dengan pengisian kendiri seperti berzikir, membaca al-Quran, berdoa, dan berehat secukupnya.

Dalam pada itu, Azlina menegaskan bahawa masa lapang yang tidak diisi dengan aktiviti bermanfaat boleh menyebabkan tekanan mental.

Unit kaunseling Tabung Haji menjangkakan peningkatan keperluan sokongan emosi semasa tempoh Masyair. Oleh itu, mereka bersedia 24 jam dengan kaunselor berdaftar yang terlatih untuk memberi bimbingan agar jemaah kekal fokus kepada matlamat utama iaitu mendapatkan haji mabrur.

Dengan sokongan sistem kaunseling yang kukuh, pengurusan rapi, dan semangat ukhuwah sesama jemaah, Tabung Haji optimis jemaah Malaysia mampu menghadapi cabaran Masyair dengan kekuatan rohani dan mental yang tinggi.

Jemaah haji Malaysia dijadualkan bergerak ke Arafah pada 4 Jun ini, sebagai persiapan menghadapi hari wukuf yang dijangka pada Khamis, 5 Jun bersamaan 9 Zulhijjah.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us