Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Sejujurnya, Terasa Perbezaan” - Fattah Akui Sunyi Tiada Isteri, Anak Ketika Berbuka

Aimi Amira Nordin
06 Mar 2025, 09:14 AM

“sejujurnya, terasa perbezaan” - fattah akui sunyi tiada isteri, anak ketika berbuka

Foto: Instagram

Pelakon, Fattah Amin mengakui dirinya sunyi buat kali pertama menjalani ibadah puasa sendirian selepas berpisah dengan Nur Fazura, tahun lalu.

Namun begitu, aktor berusia 34 tahun itu tetap memanjatkan rasa syukurnya kerana masih mempunyai permata hati, Nur Fatima Aisya, 4, ditemani ibu bapa dan adik-beradik di bulan yang mulia ini.

Pelakon Suri Hati Mr Pilot itu turut memberitahu, bagi tidak terlalu mengingati saat itu, dia akan sentiasa akan menyibukkan dirinya dengan kerja.

"Sejujurnya, terasa perbezaan. Sebelum ini, bangun sahur dan berbuka puasa bersama isteri serta anak.

"Namun, saya bersyukur masih ada Fatima dan keluarga. Kami masih dapat jalani ibadah puasa sebagai keluarga harmoni.

"Mereka menjadi tulang belakang dan kekuatan saya sekarang," katanya ketika ditemui, semalam.

“sejujurnya, terasa perbezaan” - fattah akui sunyi tiada isteri, anak ketika berbuka

Foto: Instagram

Fattah menjelaskan bahawa dia akan cuba mencari masa membawa Fatima berbuka puasa bersama keluarganya, walaupun sibuk dengan tugasan.

"Meskipun anak masih kecil, saya ingin menerapkan mengenai keindahan Ramadan kepada Fatima," katanya.

Ditanya mengenai bakal pasangan hidup yang baru, Fattah berkata, dia percaya soal jodoh, ajal, maut dan rezeki sudah ditentukan Allah, justeru reda dengan takdir hidupnya.

"Jangan persoalkan kenapa hidup ditakdirkan begitu dan begini, saya sentiasa muhasabah diri serta terima takdir dengan tenang.

"Namun, sebagai manusia biasa, ada masanya saya terbuai dengan perasaan," katanya yang masih belum berhasrat untuk berehat.

Sumber: Sinar Harian

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us