Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Saya Wanita Paling Bahagia Dengan Fatima Di Sisi…” - Fazura

ROSTAM, Mohamad Firdaus
10 Sep 2025, 10:46 AM

“saya wanita paling bahagia dengan fatima di sisi…” - fazuraFoto: Instagram

Pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin menegaskan dirinya kini bahagia bersama anak tersayang, Nur Fatima Aisya, biarpun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Saya wanita paling bahagia dengan cinta hati (Fatima) di sisi,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada seorang pengguna media sosial, Farah, yang menitipkan kata semangat agar Fazura terus kuat menghadapi hidup tanpa pasangan.

Fazura, 42, turut mendoakan kebaikan buat wanita tersebut.

“Percayalah, saya sangat bersyukur dengan nikmat hidup ini. Saya doakan anda dilimpahkan kasih sayang tanpa henti, dan segala doa baik kembali kepada anda,” tulisnya.

Sebelum itu, Farah berkongsi pesanan bahawa hidup berseorangan bukan tanda kelemahan, sebaliknya ruang untuk menemukan kekuatan, mencipta memori bersama anak, serta berdamai dengan cinta yang benar-benar penting dalam hidup.

Dalam pada itu, dunia hiburan tanah air kini menjadi tumpuan selepas bekas suami Fazura, Fattah Amin, dilaporkan bakal bernikah dengan penyanyi Amira Othman pada 14 September 2025, yang juga tarikh ulang tahun kelahirannya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum berpisah pada 7 Oktober tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia empat tahun.

Sumber: Threads

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us