Fenomena air laut surut telah menyebabkan keadaan laut seakan-akan terbelah dua sehingga membolehkan orang ramai menyeberang ke Pulau Giam dari Pantai Teluk Nipah dengan hanya berjalan kaki.
Ia menjadi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan sendiri fenomena itu di lokasi berkenaan.
Sebanyak dua kali tahun ini iaitu pada 21 hingga 25 Januari dan pada 19 hingga 22 Februari berlakunya fenomena ‘laut terbelah’.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman, pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada sebelum dan semasa berkunjung ke situ.
Tambahnya, risiko dan bahaya boleh terjadi apabila waktu pasang surut air laut yang tepat serta perubahan cuaca.
"Kita sedia maklum, fenomena yang berlaku di pulau itu nanti akan menarik perhatian pengunjung untuk berjalan hingga ke tengah lautan.
"Justeru, kita beri peringatan awal agar sentiasa peka dengan keadaan semasa paras air laut, dan paling penting dapatkan maklumat yang tepat daripada jabatan dan agensi berkaitan," katanya.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.