Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Feri Pulau Pinang Bakal Dihentikan, Orang Ramai Ambil Peluang Terakhir Naik Feri!

Perkhidmatan feri yang ikonik itu akan diberhentikan pada 1 Januari 2021.
Editor
16 Dec 2020, 05:01 PM

Selepas 126 tahun berkhidmat pengangkutan tertua dan ikonik di Pulau Pinang, perkhidmatan feri yang menghubungkan bahagian Pulau dan tanah besar Pulau Pinang akan diberhentikan dan digantikan dengan bot laju bermula 1 Januari 2021.

feri pulau pinang bakal dihentikan, orang ramai ambil peluang terakhir naik feri!

feri pulau pinang bakal dihentikan, orang ramai ambil peluang terakhir naik feri!

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, berkata, bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.

Sementara itu, semua kenderaan empat roda pula perlu menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk berulang alik dari tanah besar ke pulau atau sebaliknya memandangkan perkhidmatan feri untuk pengangkutan sedemikian akan dihentikan.

Disebabkan pengumuman penamatan perkhidmatan feri itu, orang ramai khususnya pemandu kenderaan empat roda berpakat menggunakan perkhidmatan itu pada hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati bilangan kenderaan jenis itu di atas feri kekal banyak berbanding sebelum ini, sekalipun bukan pada waktu puncak.  

feri pulau pinang bakal dihentikan, orang ramai ambil peluang terakhir naik feri!

Seorang pengguna, Mohd Rizikam Milan Md Hasbullah, 35, berkata dia mahu memberi peluang kepada anak-anaknya merasai sendiri pengalaman menaiki feri yang sememangnya sinonim dengan Pulau Pinang selepas mengetahui perkhidmatan tersebut bakal ditamatkan.

"Saya menetap di Selangor, namun saya dan isteri berasal dari negeri ini, jadi sejak kecil memang selalu naik feri. Bila dapat tahu akan dihentikan, rasa sedikit kecewa. Sebab itu hari ini saya pilih naik feri untuk balik ke Selangor walaupun sebelum ini kami gunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah," katanya.

Seorang pemandu lori, Tan Kean Meng, 70, berkata dia menggunakan feri hampir setiap hari untuk berulang-alik menghantar barangan sejak 10 tahun lalu dan penamatan perkhidmatan itu akan meningkatkan kos antara RM8 dan RM10 bagi setiap perjalanannya kerana menggunakan jambatan.

"Sedih dengar orang beritahu feri sudah tidak bawa kenderaan lagi tahun depan. Pengangkutan ini lebih mudah, senang dan jimat untuk saya berulang-alik dari tanah besar ke sini (bahagian pulau). Feri adalah lambang negeri ini, tapi apa boleh buat, kita kena ikutlah kerana itu keputusan mereka," katanya.

feri pulau pinang bakal dihentikan, orang ramai ambil peluang terakhir naik feri!

Seorang pekerja hotel di Batu Feringghi yang tinggal di Teluk Bahang, Norida Rosli, 33, pula berkata dia mengambil cuti hari ini untuk membawa keluarga menaiki feri ke Butterworth kerana tidak mahu melepaskan peluang menaiki perkhidmatan itu buat kali terakhir.

"Rasa kehilangan bila dapat tahu feri akan dihentikan, kami akan rindulah... jadi hari ini ambil peluang untuk bawa keluarga naik feri," katanya yang terpaksa menunggu lebih sejam untuk menaiki feri itu hari ini.

Seorang pejalan kaki, Ani Wahab, 67, berkata dia menggunakan perkhidmatan itu sejak 30 tahun lepas untuk berulang-alik ke tempat kerja di Pangkalan Raja Tun Uda di sini.

Menurut wanita yang tinggal di Sungai Petani, Kedah itu, menaiki feri merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan berharap dapat merasai pengalaman serupa apabila menggunakan perkhidmatan bot laju kelak.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }