Sebuah pekan bernama Spaoh di Betong Sarawak mengadakan satu festival untuk menangkap dan makan ikan buntal.
Dari segi saintifiknya, ikan buntal ni mengandungi racu yang bernama tetrodotoxin(ttx). Jika ianya dimakan, boleh mengakibatkan lumpuh. Buat masa sekarang belum ada penawar untuknya.

Menurut dari Dari Sait dipetik dari satu akhbar, “Kawasan Spaoh dikenali kerana ikan buntal kuning. Kebanyakan orang yang tinggal di sini adalah pakar sewaktu membersihkan ikan(membersihkan racun) dan kemudiannya, memasaknya mengikut selera mereka”
Tengok video bawah ni cara mereka menangkap ikan buntal :
Teknik penyediaan ikan buntal ada pelbagai cara yang paling penting ikan mestilah dibasuh dan saluran darah ikan dan badomen dibuang. Kalau ikan ada telur pula, penjagaan yang lebih akan dibuat untuk membuang membrane dan saluran di sekeliling kerana ia boleh menyebabkan keracunan. Duri pada ikan juga dibuang walaupun ada yang cakap kulit ini kalau digoreng rangup.
Selepas membilas ikan ni(buang toksik dengan rebusan bersama pucuk buluh), ia boleh sama ada dikeringkan, diperam atau dimasak, lebih-lebih lagi makanan pedas macam Asam Pedas atau dipanggang dengan daun pisang atau nipah. Bahagian hati dikatakan bahagian paling bertoksik juga turut dimasak dan dimakan.
Sumber : soscili
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.