Pada masa kini, Format GIF sering mendapat tempat di hati pengguna peranti. Baru-baru ini, Facebook juga telah memperkenalkan sokongan GIF pada ruangan komen bermula pada bulan lepas.
Anda mempunyai video yang menarik untuk ditukarkan kepada format GIF tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya?
Jangan risau kerana terdapat cara yang pantas untuk menukar format video biasa kepada format GIF dengan cara yang pantas.
Caranya ialah.
1. Rekod apa sahaja video yang anda mahu jadikan sebagai format GIF.
2. Pilih mana-mana senarai kenalan atau group.
3. Tekan butang “Attachment”
4. Pilih Gallery
5. Pilih video yang anda mahu jadikan sebagai format GIF

6. Dibahagian time frame itu anda boleh pilih scene mana yang mahu dijadikan GIF
7. Terdapat dua pilihan di atas kanan peranti anda sama ada untuk pilih GIF atau Video, pilih GIF ya.
8. Jangka masa video untuk format GIF adalah hanya 6 saat sahaja

Sumber dari wiser.my dan Android Pit
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.