Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Dua Beradik Berdepan Enam Bulan Penjara Kerana Bergaduh Di Hospital

IDRUS, Husna Najwa
17 Apr 2025, 02:48 PM

dua beradik berdepan enam bulan penjara kerana bergaduh di hospital

Foto: Kosmo

Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di tempat awam iaitu dalam wad Hospital Melaka ketika menjaga bapa mereka yang nazak, Januari lalu.

Tertuduh, Normala Othman, 47 dan Julaiha Othman, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang di Wad 42, Katil 2A Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah, pada 19 Januari 2025.

Jika disabit kesalahan kedua-kedua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik berkenaan angkara hal persiapan bagi lokasi pengebumian bapa mereka, yang kemudiannya disahkan meninggal dunia pada keesokkan harinya.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000 dikenakan bagi setiap tertuduh.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Mawardi Zainudin yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan mereka menjaga ibu yang sakit, anak orang kurang upaya mental dan menanggung anak-anak yang masih kecil.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM800 setiap seorang dan menetapkan tarikh 3 Jun depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us