Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Gajah Bagi Daun Kepada Pasangan Tarik Perhatian Warganet - “Dia Pun Tahu Cara Hargai Pasangan…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
06 Jun 2025, 02:30 PM

gajah bagi daun kepada pasangan tarik perhatian warganet - “dia pun tahu cara hargai pasangan…”Foto: Tangkapan skrin layar

Satu rakaman video yang memaparkan seekor gajah betina menyerahkan sejambak tumbuhan kepada seekor gajah jantan menarik perhatian ramai pengguna media sosial dan telah tular sejak semalam.

Aksi spontan itu dianggap sebagai simbol kasih sayang dan perhatian dalam kalangan haiwan, khususnya spesies gajah yang sememangnya dikenali sebagai haiwan sosial dan beremosi tinggi.

Rakaman video berdurasi pendek itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @Eyybuunoya.

Ia memperlihatkan gajah betina memegang beberapa helai daun menggunakan belalainya, lalu menyerahkannya kepada seekor gajah jantan yang berdiri di hadapannya. Aksi itu dilakukan dalam suasana tenang dan mengundang pelbagai reaksi daripada para penonton.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terharu dengan perlakuan haiwan tersebut dan menganggapnya sebagai perlambangan kasih sayang yang ikhlas.

“Gajah pun tahu cara menghargai pasangan. Manusia kadang-kadang pun tak macam ni,” tulis seeorang pengguna media sosial.

“Nak hantar video ni dekat suami, biar dia belajar dari gajah,” komen seorang lagi pengguna.

Selain itu, terdapat juga komen yang membandingkan situasi tersebut dengan kehidupan berumah tangga.

“Biasalah, dalam hubungan, isteri yang selalu kena pujuk dulu. Gajah pun sama,” tulis seorang pengguna lain.

Walaupun berbentuk hiburan ringan, video tersebut turut mencetuskan perbincangan mengenai kebolehan haiwan menunjukkan emosi. Ramai bersetuju bahawa tingkah laku haiwan, khususnya gajah, sering kali mencerminkan nilai-nilai kasih sayang, perhatian dan kebersamaan yang selama ini hanya dikaitkan dengan manusia.

Pakar haiwan sebelum ini menjelaskan bahawa gajah ialah antara haiwan yang mempunyai hubungan sosial yang kuat dan daya ingatan yang tinggi. Mereka juga mampu mengenali individu dalam kawanan, menunjukkan tanda berkabung apabila kehilangan rakan, serta melindungi ahli keluarga dalam situasi bahaya.

Secara keseluruhan, video tersebut bukan sahaja mencuit hati para penonton, malah turut menyedarkan ramai bahawa naluri kasih sayang wujud secara semula jadi dalam kalangan haiwan.

Meskipun tanpa kata-kata, perlakuan seekor gajah telah menjadi simbol emosi yang cukup bermakna kepada ribuan orang yang menontonnya.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us