Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Gambar Atau Video Anak Ragam ‘Tantrum’ Tidak Patut Kongsi Di Media Sosial

Bukan semua perkara dikongsi untuk tatapan umum.
nura
27 Jul 2021, 04:18 PM

Rata-rata ibu bapa amat teruja memuat naik gambar atau video perkembangan anak-anak mereka di media sosial. Perbuatan lucu anak-anak adalah antara perkara yang paling mencuit hati dan ramai yang terhibur dengan content seperti itu.

Perkara ini dikenali dengan istilah sharenting. Umumnya, tujuan utama perkongsian seperti itu dilakukan adalah untuk disimpan sebagai kenangan.

gambar atau video anak ragam ‘tantrum’ tidak patut kongsi di media sosial

Namun, bukan semua perkara perlu dikongsi bagi tatapan umum. Terutamanya gambar atau video anak tantrum.

Bagi ibu bapa, berkongsi gambar anak tantrum mungkin dianggap sebagai jenaka.

Namun, adakah anda sedar perkongsian gambar seperti itu akan membawa impak yang besar kepada si kecil apabila dewasa nanti?

Terdapat empat alasan mengapa para ibu bapa tidak melakukan perkara tersebut:

Tugas seorang ibu, menaikkan semangat anak

gambar atau video anak ragam ‘tantrum’ tidak patut kongsi di media sosial

Anda pernah mendengar istilah 'body-shaming'? Situasinya lebih kurang sama dalam hal ini, cuma ia melibatkan kanak-kanak, iaitu 'child-shaming'. Ia boleh dianggap sebagai satu keadaan yang semakin berkembang di media sosial. 

Tetapi apakah kesan jangka panjang daripada perbuatan itu kepada si kecil saat dia sudah meningkat dewasa nanti? Bagaimana pula kesan perkongsian itu terhadap hubungan anda dan anak anda nanti? Tidakkah anda sedar segala apa yang anda kirimkan di internet akan kekal selama-lamanya? Lebih-lebih lagi jika anda tidak memprivasikan akaun media sosial dan ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Jadi bukankah lebih baik untuk anda berkongsi gambar si kecil sedang menikmati dan bergembira dengan kehidupannya? Ia adalah aura positif yang pasti akan melahirkan senyuman kepada anda dan anak anda saat mereka melihatnya satu hari nanti.

Ibu sepatutnya menenangkan anak

gambar atau video anak ragam ‘tantrum’ tidak patut kongsi di media sosial

Jika si kecil sedang 'tantrum', manakala anda pula sibuk mengambil gambarnya, bukankah itu satu contoh yang tidak baik?

Pada tanggapan si kecil, ibunya mungkin lebih pentingkan telefon berbanding dirinya sendiri.

Adakah itu sesuatu yang baik untuk berlaku? Sudah tentulah tidak. Malah, penulis rasa kalau anda mengambil gambar anak 'tantrum', jeritan dan tangisan akan menjadi semakin kuat.

Jadi, sudah tentu ia bukanlah satu tindakan yang bagus. Ya, anda perlu memberi ruang untuk si kecil meluahkan apa yang dirasanya atau istilahnya kecerdasan emosi (EQ). Namun, janganlah sampai mengambil gambar si kecil yang menangis itu.

Tidak semua harus dikongsikan

gambar atau video anak ragam ‘tantrum’ tidak patut kongsi di media sosial

Kemunculan media sosial menyebabkan kebanyakan daripada kita berasakan setiap momen yang berlaku harus dikongsi dengan umum.

Tetapi hakikatnya, bukan semua. Bahkan, ada sesetengahnya hanya patut menjadi kenangan peribadi.

Saat berasa marah, kecewa, terluka harus dijadikan privasi dan rasa hormat, bukannya dikongsikan di Instagram atau Facebook.

Meletakkan diri sendiri di situasi itu

gambar atau video anak ragam ‘tantrum’ tidak patut kongsi di media sosial

Apa kata golongan ibu sekalian letakkan diri di tempat anak, adakah anda mahu ibu anda berkongsi gambar anda menangis meraung di media sosialnya? Tidak, bukan? Jadi itu jugalah yang si kecil rasai.

Ada masanya kita akan mengalami rasa letih yang teramat sangat, sehingga 'moody' dan hanya ingin menangis. Anak anda juga begitu.

Jadi jika anda tidak mahukan gambar hodoh anda yang sedang menangis sehingga merosakkan solekan di wajah, mengapa anda harus berkongsi gambar si kecil yang sedang menjerit, menangis dan sebagainya?

Jadilah ibu bapa yang bijak

gambar atau video anak ragam ‘tantrum’ tidak patut kongsi di media sosial

Sebagai ibu atau bapa, apabila si kecil meragam, pastinya kita akan melihatnya sebagai 1 perkara yang comel, ditambah pula dengan raut wajah yang sedang merajuk.

Lebih seronok, jika perkongsian tersebut mendapat banyak likes dan komen.

Namun, percayalah, bukan semuanya perlu dikongsikan bersama umum, terutamanya gambar anak 'tantrum'. Berikan si kecil anda ruang peribadinya sendiri. Si kecil pasti akan menghargainya.

Sekiranya anda masih mahu mengambil gambar si kecil sedang menangis, terpulang. Tetapi cukuplah sekadar menjadikannya sebagai simpanan peribadi anda sendiri

Sumber: Awani

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us