Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Rahsia Tiga Syiling Malaysia di Tugu Perisik CIA, Mesej Tersembunyi Atau Kebetulan?

IDRUS, Husna Najwa
16 Jul 2025, 01:40 PM

rahsia tiga syiling malaysia di tugu perisik cia, mesej tersembunyi atau kebetulan?

Foto: X (@CIA)

Semalam, akaun rasmi CIA di X memuat naik gambar dengan kapsyen ‘Artifact of the Week: Coins Left at the Statue of Nathan Hale’. Foto tersebut menunjukkan tiga keping syiling Malaysia iaitu syiling 20 sen, 10 sen dan 5 sen yang dipercayai tertinggal pada sekitar tahun 2017 hingga 2018.

Netizen Malaysia segera bertindak balas, mempertikaikan simbol pelik pada setiap syiling yang memaparkan 20 sen, lakaran menyerupai orang lidi dan simbol ‘S’ di kepala. Syiling 10 sen dengan tulisan yang tidak dapat difahami dan 5 sen dengan reka bentuk tapak kaki haiwan.

Persoalan pun timbul apakah ini isyarat rahsia, mesej pengintip atau hanya coretan biasa?

rahsia tiga syiling malaysia di tugu perisik cia, mesej tersembunyi atau kebetulan?

Foto: Lakaran Visual Nathan Hale dan Tugu Nathan Hale

Menurut CIA Museum, terdapat tradisi tersendiri di tugu Nathan Hale (berada di luar ibu pejabat asal CIA). Nathan Hale dikenang sebagai ‘pegawai perisikan pertama Amerika’ yang dihukum mati pada 22 September 1776 pada usia 21 tahun kerana berkhidmat sebagai perisik.

Pegawai CIA yang hendak berlepas ke luar negara akan meninggalkan syiling di kaki patung sebagai simbol tuah dan doa keselamatan. Antara yang biasa digunakan ialah syiling 25 sen AS (George Washington) atau jumlah 76 sen yang menandakan tahun kematian Hale. Syiling asing juga dibenarkan dan apa sahaja wang yang dicoret dengan makna peribadi.

Selain itu, CIA Museum secara berkala akan mengumpul syiling-syiling tersebut dan menyalurkannya sebagai derma kepada kedua-dua CIA Officers Memorial Foundation dan Third Option Foundation untuk membantu pegawai yang cedera serta keluarga mereka atau pegawai yang terkorban semasa bertugas.

 

 

Kehadiran syiling Malaysia ini sudah tentu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. Ada yang berkata ia mungkin mesej halus daripada CIA bahawa Malaysia kini ‘dalam radar’ agensi tersebut dan pihak berwajib perlu memantaunya.

Namun terdapat juga pandangan warga net bahawa ini hanyalah sebahagian daripada tradisi rasmi yang pengakhiran nilainya terserah kepada niat individu yang meninggalkannya. Tiada bukti rasmi bahawa ini merupakan mesej pengawasan atau ancaman.

Walaupun simbol pada syiling mungkin mencurigakan, artikel-artikel rasmi dari CIA menunjukkan ia sebahagian daripada budaya agensi dan merupakan sebuah jenaka halus.

Nota menarik: Menurut CIA, selain syiling luar negara, pegawai juga pernah meninggalkan ‘76 cents’ sebagai penghormatan simbolik terhadap tahun kematian Hale.

Sumber: X (@CIA)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us