4 daerah dalam negeri Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini bermula jam 9 pagi.
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memaklumkan perkara ini menerusi laman web mereka.
Gangguan dilaporkan kira-kira 30 jam hingga 72 jam bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian perkakasan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.
Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum Selasa depan.
Maklumat terkini mengenai status bekalan air dengan menyemak semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman web di www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor dan Twitter @air_selangor.
Sumber: Syabas
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.