
Bola sepak antara sukan yang paling digemari di seluruh dunia. Walaupun sukan ini lebih sinonim dengan lelaki tetapi itu tidak bermaksud wanita tidak boleh main.
Ramai kaum hawa sekarang sudah mengambil bahagian dalam perlawanan bola sepak dan yang terbaru tular penjaga goal bola sepak kebangsaan bawah 17 tahun Azurin Mazlan kerana ketangkasan dan kecomelannya.
Selain itu, penampilan Azurin dipuji ramai kerana dia membuktikan menutup aurat tidak menjadi penghalang untuknya menceburi bidang sukan.

Azurin dan pasukan kebangsaan bola sepak wanita kini sedang sibuk dalam persediaan untuk bertanding di sukan SEA yang akan datang.
Keyakinan dan ketangkasan aksinya menjaga gawang telah membuatkan netizen terpegun.
Bukan itu sahaja, gadis berusia 17 tahun ni juga merupakan satu-satunya pemain yang menutup aurat dalam pasukan.



Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.