Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Gempa Bumi Lemah Landa Segamat, Gegaran Dirasai Sehingga Ke Selatan Pahang

ROSTAM, Mohamad Firdaus
27 Aug 2025, 12:29 PM

gempa bumi lemah landa segamat, gegaran dirasai sehingga ke selatan pahangFoto: Astro Audio News

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu kejadian gempa bumi lemah telah berlaku di kawasan Segamat, Johor pagi ini.

Menurut kenyataan rasmi, gempa bumi tersebut berlaku pada jam 8.59 pagi dengan kekuatan magnitud 3.2 pada skala Richter dan kedalaman dianggarkan sekitar 10 kilometer.

Gegaran dilaporkan turut dirasai oleh penduduk di beberapa kawasan sekitar Johor termasuk Segamat, Labis, dan Kluang, serta di beberapa bahagian selatan negeri Pahang seperti Rompin dan Muadzam Shah.

Bagaimanapun, MetMalaysia mengesahkan bahawa tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian ini.

"Pihak kami sedang menjalankan pemantauan rapi terhadap aktiviti seismik di kawasan terlibat bagi mengenal pasti sebarang pergerakan susulan atau perkembangan lanjut," kata MetMalaysia dalam satu kenyataan media.

Kejadian gempa bumi lemah seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di Semenanjung Malaysia. Sebelum ini, beberapa gegaran kecil pernah direkodkan di sekitar kawasan Bukit Tinggi (Pahang), Kuala Pilah (Negeri Sembilan), dan Jerantut, yang turut berada di laluan zon sesar aktif berskala kecil.

Pakar geologi sebelum ini menjelaskan bahawa walaupun Semenanjung Malaysia tidak terletak di atas lingkaran api Pasifik seperti Indonesia dan Filipina, terdapat beberapa zon sesar tempatan seperti Sesar Bukit Tinggi dan Sesar Mersing yang mampu menghasilkan gegaran ringan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia, terutama bagi kawasan yang berpotensi mengalami gegaran susulan.

Sumber: MetMalaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us