Selepas 11 hari, pejuang Hamas dan Zionis Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata berkuat kuasa awal pagi Jumaat waktu tempatan, dan menamatkan pertempuran.
Ia disahkan jurucakap Hamas dan Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, kabinet Israel sebulat suara menerima saranan yang diusulkan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata tanpa syarat.
Di tengah desakan global yang semakin meningkat untuk menghentikan pertumpahan darah di Gaza, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mendesak Netanyahu meredakan ketegangan sementara Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari penyelesaian.
Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi sebelum ini mengarahkan dua delegasi keselamatan ke tanah haram Israel dan Wilayah Palestin untuk berusaha mengadakan gencatan senjata.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.