Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Gerhana Bulan Penuh 28 Julai Ini

Editor
16 Jul 2018, 04:48 PM

Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Pada Abad ke-21

Pada 28 Julai 2018, kita berpeluang sekali lagi untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Menurut Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fenomena Gerhana Bulan Penuh  kali ini adalah yang kedua berlaku pada tahun ini dan  akan kelihatan di Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah dan Amerika Selatan bermula dari jam 01:14:47 dan berakhir pada jam 07:28:38 pagi. Fasa Gerhana Penuh akan berlangsung selama 1 jam 42 minit  57 saat dan tempoh ini menjadikannya Gerhana Bulan Penuh paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga  2100).  Tempoh paling lama bagi Gerhana Bulan Penuh boleh berlaku adalah selama 1 jam 47 minit.


Bagaimana Terjadinya Gerhana Bulan Penuh


Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila Matahari, Bumi, dan Bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan Bulan merentasi bayang umbra Bumi.  

gerhana bulan penuh 28 julai ini

Kenampakan Bulan Ketika Gerhana

Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan dan kemudianya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.  Warna kemerahan yang akan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan pada 28 Julai 2018 berbeza daripada gerhana-gerhana bulan penuh yang lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas Bumi dan kedudukan Bulan di sepanjang orbitnya.

gerhana bulan penuh 28 julai ini

Kenampakan Di Malaysia

Gerhana Bulan pada 28 Julai 2018, boleh dilihat dari mana-mana kawasan di Malaysia bergantung kepada keadaan cuaca setempat.  Walau bagaimanapun tidak semua tempat di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan fasa-fasa gerhana yang berlaku kerana Bulan terbenam lebih awal sebelum fasa-fasa tertentu berakhir.

Jadual berikut menunjukkan waktu berlakunya fasa-fasa gerhana bulan penuh pada 28 Julai 2018:

Fasa

Waktu Malaysia

Fasa Penumbra bermula

01:14:47 pagi

Fasa Separa bermula

02:24:27 pagi

Fasa Penuh bermula

03:30:15 pagi

Fasa Penuh maksima

04:21:44 pagi

Fasa Penuh berakhir

05:13:11 pagi

Fasa Separa berakhir

06:19:00 pagi

Fasa Penumbra berakhir

07:28:38 pagi

 

Secara amnya, penduduk di Malaysia akan dapat melihat hampir keseluruhan fasa gerhana sejak dari mula berlakunya fenomena ini sehinggalah bulan terbenam (bergantung kepada lokasi di mana kita berada).  Hal ini bermakna lokasi pencerapan yang paling baik adalah di lokasi yang berada paling Barat. Berikut adalah jadual Bulan terbenam dan kenampakan gerhana bagi beberapa bandar terpilih di Malaysia pada 28 Julai 2018:

BANDAR

WAKTU

BULAN TERBENAM

KENAMPAKAN

FASA PENUMBRA

BERMULA

FASA SEPARA BERMULA

FASA PENUH BERMULA

KEMUNCAK GERHANA PENUH

FASA PENUH TAMAT

FASA SEPARA TAMAT

FASA PENUMBRA TAMAT

01:14:47

02:24:27

03:30:15

04:21:44

05:13:11

06:19:00

07:28:38

Kota Kinabalu

06:17

/

/

/

/

/

x

x

Kuching

06:47

/

/

/

/

/

/

X

K.Terengganu

07:11

/

/

/

/

/

/

X

Johor Bahru

07:14

/

/

/

/

/

/

X

Kuala Lumpur

07:20

/

/

/

/

/

/

X

Alor Star

07:22

/

/

/

/

/

/

X

Langkawi

07:23

/

/

/

/

/

/

x

 

Aktiviti di Observatori Negara Langkawi Bersempena dengan berlakunya Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada 28 Julai 2018, Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan mengadakan beberapa aktiviti bertempat di Observatori Negara Langkawi, Empangan Bukit Malut, Pulau Langkawi .Penyertaan adalah percuma. Jadual aktiviti adalah seperti berikut:

MASA

AKTIVITI

CATATAN

10:00 mlm

(27 Julai 2018)

 

Ketibaan orang awam.

Agihan pamplet.

Terbuka

kepada

awam

Pencerapan planet Musytari, Zuhal dan Marikh

00:00 pagi

(28 Julai 2018)

Taklimat gerhana bulan dan soal jawab

02:30 pagi

Solat sunat gerhana

 

Pencerapan Awam Gerhana Bulan Penuh.

Live streaming ANGKASA TV (Youtube/Facebook)

06:30 pagi

Program Tamat

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us