Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pakar Kesihatan Nasihat Warga Emas Supaya Kirim Sahaja Makanan Di Bazar Ramadan

Golongan warga emas dinasihatkan supaya mengirim sahaja makanan dari bazar Ramadan
nura
12 Apr 2021, 04:58 PM

Dalam keadaan norma baharu dan atas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, bazar Ramadan telah dibenarkan di beberapa negeri.

pakar kesihatan nasihat warga emas supaya kirim sahaja makanan di bazar ramadan

Namun, menurut pakar kesihatan, jika ada keinginan untuk membeli makanan di bazar Ramadan, golongan warga emas dinasihatkan supaya hanya mengirim sahaja makanan kepada golongan dewasa atau kepada orang yang lebih muda.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, semua pihak perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP).

Pematuhan kendiri perlu walaupun diketahui ada badan pemantau yang akan mengawasi pergerakan orang ramai di lokaliti berkenaan.

"Saya jangka, untuk tempoh beberapa minggu ini, kes sama ada akan meningkat sedikit atau terus mendatar. Sejak tiga minggu lepas, kita lihat statistik mendatar, dan naik sedikit sejak dua hari lepas

"Tetapi, dengan kedatangan Ramadan ini, saya jangka kes mendatar. Sebab, kurang aktiviti makan minum di luar, ataupun melibatkan perkumpulan sosial secara beramai-ramai.

"Namun, bazar Ramadan dan solat tarawih tidak begitu menyumbang kepada potensi kenaikan kes seperti yang kita saksikan sebelum ini.

"(Ia berbanding) pola tingkah laku yang terlibat di majlis keramaian, yang banyak menyumbang kepada kes-kes baru, dan mereka yang di tempat kerja.

"Jadi kalau kita telah kurangkan aktiviti makan minum, secara umum, kurang aktiviti bersama, kurang interaksi dan kes juga saya jangka tidak begitu meningkat," katanya 

pakar kesihatan nasihat warga emas supaya kirim sahaja makanan di bazar ramadan

Sehubungan dengan itu, Dr Malina mengalu-alukan tindakan negeri Kelantan untuk membatalkan kesemua bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri itu untuk tahun ini.

Baginya, kepentingan ketika ini adalah mengutamakan mereka yang sudah mula divaksin sebelum dibenarkan untuk ke bazar Ramadan atau masjid.

Kesesakan tidak dijangka di bazar Ramadan yang besar, yang sukar dikawal, berbanding di masjid yang menjalankan kawalan ketat terhadap jemaahnya, ujarnya lagi.

Justeru, Dr Malina turut berkata mereka yang diuji negatif COVID-19 perlu segera divaksin, sekali gus menghalang kenaikan harian jumlah mereka yang dijangkiti.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }