Diabetes atau dikenali sebagai penyakit kencing manis merupakan suatu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi disebabkan oleh kekurangan hormon insulin.
Namun, masih ramai orang dalam kalangan masyarakat kita yang ambil mudah tentang pengambilan gula dalam makanan. Pada mereka, lebih manis lebih umph!
Tetapi tanpa kita sedar, kita sudahpun menghidap kencing manis atau diabetes yang boleh memberi kesan dan komplikasi lain seperti:
1. Diabetes menyebabkan masalah saluran jantung tersumbat yang menyebakan sakit dada, serangan jantung, strok, dan tekanan darah.
2. Gula berlebihan membuatkan dinding pada salur darah terutamanya saraf kaki menjadi rosak. Akibatnya seseorang itu akan merasa kebas, sengal dan panas seterusnya membuatkan hilang deria sentuhan.
3. Pesakit yang menghidap diabetes akan menyebabkan sistem penapis dalam saluran darah menjadi rosak, lalu menjadi masalah kepada buah pinggang.
4. Mereka yang menghidap penyakit ini akan menjejaskan penglihatan, sehingga berisiko menjadi buta. Masalah mata lain seperti katarak dan galucoma juga boleh terjadi akibat daripada komplikasi disebabkan diabetes.
Dapatkan rawatan dengan segera dan kawal permakanan anda setiap hari serta amalkan gaya hidup yang sihat!
Sumber: Healthline
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.