Status halal Gula-gula white rabbit yang sebelum ini jadi bualan netizen dalam media sosial telah menerima keputusan yang muktamad dari kementerian, sah tidak halal.
Dipetik dari laporan TV Al-Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, Fuziah Salleh mengesahkan gula-gula tersebut mengandungi gelatin yang tidak halal.
"Ini tanggungjawab pengguna, bagi pihak JAKIM pula saya telah meminta mereka menulis surat kepada beberapa kementerian untuk siasatan lanjut kerana produk ini tidak menulis gelatin jenis apa.
"Kandungan yang tidak jelas ini mengelirukan pengguna," katanya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.