Bila ada nasi lebihan yang tidak habis dimakan, jangan buang. Dengan nasi ini anda boleh buat keropok nasi. Resepi ini dikongsi oleh Widyana Ali menerusi akaun peribadi Facebook beliau.

Bahan-Bahan
Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Serbuk bawang putih
Cara-cara
Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.
Blend nasi tadi hingga hancur,masukkan garam dan serbuk bawang putih.
Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.
Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.
Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.
Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis.
Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering.
Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.
Nota: Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.
Sumber : Widyana Ali
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.