Tikus adalah haiwan yang sangat dibenci oleh semua orang. Ini kerana haiwan perosak ini selalu mencuri makanan yang ada di dapur. Selain itu juga, haiwan ini boleh menyebabkan penyakit berbahaya yang dinamakan leptospirosis (kencing tikus). Ia mampu meragut nyawa seseorang.
Memang susah nak mengusir tikus-tikus ni, tapi cuba guna cara ini, ia lebih mudah dapat dan sangat menjimatkan.
Pokok Semalu

Ya betul, pokok ini boleh membasmi tikus. Dengan hanya menabur pokok ini pada kawasan laluan tikus, ini kerana duri yang ada pada pokok semalu tu membuatkan kaki tikus akan cedera. Oleh itu, cara ini boleh menjauhkan tikus dari terus singgah di rumah anda.
Uncang Teh

Bagi sesiapa yang sering meminum teh uncang, jangan dibuang lepas digunakan. Uncang Teh yang lepas diguna mampu menghalau tikus ini kerana bau teh tersebut membuatkan tikus-tikus ini terganggu. Selain itu, ia juga mampu mengusir labah-labah
Cuka

Selain digunakan untuk memasak, ia juga berfungsi untuk mengusir tikus. Bau yang menyengat membuatkan tikus terganggu. Cuma titiskan cuka pada laluan tikus, pasti baunya akan membuat tikus itu trauma.
Bawang Merah

Bawang merah mempunyai kandungan yang bernama flavonoid dan fenol yang mampu membuat manusia menangis. Begitu juga dengan tikus, ia akan membuatkan tikus juga terharu dan mengelak daripada tercium bau tersebut.
Demikianlah, semohga bermanfaat.
Sumber : Direct
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.