Baru-baru ini, kes salah laku seksual melibatkan guru dan murid berlaku di sebuah sekolah di Sepang.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), pihaknya memaklumkan kes ini di bawah perhatian mereka dan tindakan turut diambil mengikut garis panduan sedia ada.
Tambahnya, pihaknya begitu memandang serius kes salah laku seksual itu seperti dilaporkan media hari ini.
“KPM juga bersedia memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
“Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di institusi pendidikan KPM,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.