Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Gurun Sahara Diliputi Salji Kali Ketiga Dalam Masa 40 Tahun

Editor
10 Jan 2018, 12:25 PM
gurun sahara diliputi salji kali ketiga dalam masa 40 tahunPemandangan ini dirakamkan Bouchetata di Ain Sefra. - Foto: Karim Bouchetata

Sebelum ini agak sukar untuk percaya jika seseorang bercakap tentang salji yang turun di gurun Sahara.

Sekarang ini, dengan pelbagai laporan tentang perubahan iklim dunia, membolehkan hal itu berlaku.

Gurun Sahara di utara Algeria yang lazimnya digambarkan dengan lapangan tandus dengan landskap gumuk pasir di bawah matahari terik, pada Ahad dikejutkan dengan selapis salji putih.

gurun sahara diliputi salji kali ketiga dalam masa 40 tahunLapisan salji ini bertahan selama sehari sebelum mencair. Foto: Pemandangan ini dirakamkan Bouchetata di Ain Sefra. - Foto: Karim Bouchetata

Dengan suhu yang mencecah 1 darjah Celsius, penduduk di bandar Ain Sefra bergembira menyertai aktiviti meluncur tebing bukit yang dilapisi salji tersebut pada waktu pagi sebelum ia mencair sekitar jam 5 petang.

Ain Sefra dikenali sebagai ‘pintu masuk’ ke gurun Sahara, yang biasanya mencatat suhu sekitar 35 darjah Celsius pada bulan Julai dan Ogos. Pada Januari, suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Fenomena itu berlaku berikutan rantau itu menerima angin sejuk yang bertiup ke selatan berikutan tekanan tinggi di benua Eropah.

gurun sahara diliputi salji kali ketiga dalam masa 40 tahun

Seorang penduduk tempatan melihat litupan salji di tebing bukit di Ain Sefra. - Reuters

Keadaan sejuk, bagaimanapun, bukan suatu yang luar biasa di kawasan yang terletak antara hamparan padang pasir dan pergunungan Atlas tersebut.

Salji juga turun di rantau itu pada bulan Disember 2016, iaitu kejadian yang pertama seumpamanya sejak sekian lama.

Kejadian yang serupa pernah berlaku di Ain Sefra pada tahun 1979.

Sumber Kredit Astro Awani. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us