Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Teka-Teki ‘Pelengkap Hidup’ Akhirnya Terjawab, Hafiz Suip Kini Sah Bergelar Suami Fiona

IDRUS, Husna Najwa
13 Feb 2026, 04:17 PM

teka-teki ‘pelengkap hidup’ akhirnya terjawab, hafiz suip kini sah bergelar suami fiona

Foto: Live Facebook Hafiz Suib

Teka-teki siapa wanita bertuah yang berjaya menambat hati penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip akhirnya terjawab!

Wanita yang kini sah bergelar isteri kepada Hafiz dikenali sebagai Fiona.

Sebelum ini, Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga, namun memilih untuk merahsiakan identiti pasangannya.

teka-teki ‘pelengkap hidup’ akhirnya terjawab, hafiz suip kini sah bergelar suami fiona

“Pelengkap saya itu, nanti-nantilah,” ujarnya ringkas dalam satu temu bual radio, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Menurut pelantun lagu Ku Akui itu, perkahwinan ini merupakan satu fasa baharu yang hadir sebagai rezeki tidak diduga dalam hidupnya.

teka-teki ‘pelengkap hidup’ akhirnya terjawab, hafiz suip kini sah bergelar suami fiona

“Petang ini kira-kira selepas solat Jumaat, insya-Allah saya akan membina masjid baharu. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi. Itu satu rezeki bagi saya.

“Nak kata cemas, ya tapi kita perlu ‘move on’, kuatkan hati untuk masa hadapan dan orang yang tersayang,” katanya jujur.

Kenyataan tersebut jelas menggambarkan kesediaan Hafiz untuk melangkah ke lembaran baharu bersama Fiona.

Dalam pada itu, Hafiz turut menzahirkan penghargaan buat keluarga, sahabat serta para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seni dan kehidupannya.

“Terima kasih kepada semua keluarga dan kawan-kawan yang tolong saya. Semua peminat di luar sana, doakan kerjaya dan kesihatan saya. Saya akan buat yang terbaik untuk semua dalam industri seni,” katanya lagi

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Riyahd Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun.

Kini, dengan kehadiran Fiona sebagai suri hati, peminat pastinya berharap perkahwinan ini membawa kebahagiaan yang berkekalan buat penyanyi kesayangan ramai itu.

Sumber: Live Facebook Hafiz Suip

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us